Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah B40 mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Skim ini telah dilaksanakan bermula tahun 2018 dengan peruntukan sebanyak RM10 juta dan RM5 juta untuk tahun 2019 sehingga tahun 2022. Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Program ini telah dikendalikan oleh anak syarikat PKNS iaitu SELGATE Corporation Sdn Bhd (SELGATE) melalui anak syarikat milikannya iaitu Selcare Management Sdn Bhd (SELCARE) yang merupakan penyedia pelaksana program.
Sebagai penyedia pelaksana program, SELCARE juga bekerjasama dengan beberapa hospital panel yang dilantik yang terdiri daripada Institut Jantung Negara (IJN), Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) dan UiTM Private Specialist Centre, Sungai Buloh dalam memberikan rawatan kepada pesakit yang layak.
SYARAT DAN KELAYAKAN | KATEGORI A : Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat). |
KATEGORI B : Bukan Ahli Iltizam Selangor Sihat (Dahulu dikenali sebagai Skim Insurans Peduli Sihat) & Pendapatan isi rumah bawah RM8,000 sebulan. |
---|---|---|
WARGANEGARA DAN TARAF PEMASTAUTIN | Warganegara Malaysia; dan lahir atau telah menetap atau bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun dan merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor. | |
PENDAPATAN ISI RUMAH | Bawah RM3,000 sebulan | Bawah RM8,000 sebulan |
MEKANISME RUJUKAN PESAKIT (REFERRAL MECHANISM) | Klinik Panel Iltizam Selangor Sihat/SELCARE atau Hospital Kerajaan | Kelulusan khas oleh EXCO (Kesihatan), Kerajaan Negeri Selangor |
HAD PEMBIAYAAN |
1. Saringan Jantung 2. Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1) 3. Rawatan Susulan (maksimum 2 kali) *Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja |
1. Prosedur Rawatan Pembedahan (Rujuk Lampiran 1) *Maksimum had rawatan adalah sebanyak RM50,000.00 sahaja. |
Bantuan ini adalah tertakluk kepada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh Karajaan Negeri *Pemohon yang telah diluluskan hanya layak menerima sekali pembiayaan sahaja. |
Saringan
1. Pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan surat rujukan dari Klinik Rangkaian SELCARE atau Klinik / Hospital Kerajaan (KKM)
2. Surat rujukan berserta kad pengenalan perlu dihantar melalui emel ke gl@selcare.com dengan tajuk PERMOHONAN SARINGAN SKIM RAWATAN JANTUNG SELANGOR KATEGORI A.
3. Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.
Prosedur Pembedahan
1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor:
https://iltizamselangorsihat.com/cvs.html serta melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar melalui emel gl@selcare.com
2. Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.
** Pemohonan yang lulus layak mendapat 2 kali rawatan susulan (Tertakluk terma dan syarat)
Prosedur Pembedahan
1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan di laman sesawang Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor:
https:// iltizamselangorsihat.com/cvs.htm serta melampirkan dokumen sokongan yang diperlukan dan hantar melalui emel gl@selcare.com
2. Status permohonan (Lulus/Tidak Lulus) akan dimaklumkan melalui emel atau panggilan telefon dan surat jaminan akan dikeluarkan bagi permohonan yang lulus.
*Setiap permohonan hanya lulus layak untuk prosedur dan pembedahan sahaja. (Tertakluk terma dan syarat)
Nota:
i. Acute Coronary Syndrome
ii. ST-elevation myocardial infarction
iii. Non-ST elevation myocardial infarction
iv. Unstable angina
v. Atherosclerotic Heart Disease
vi. Heart Disease
vii. Ischemic Heart Disease
viii. Dilated Cardiomyopathy
ix. Ischemic Cardiomyopathy
x. Atrial Fibrillation
xi. Non-st Elevation (Nstemi) Myocardial Infarction
xii. Heart Failure
xiii. Sick Sinus Syndrome
xiv. AV Heart Block
xv. Tachyarrhythmia
xvi. Chest Pain for evaluation
xvii. Syncope for evaluation
i. Congenital Heart Disease
ii. Atrial Septal Defect
iii. Valvular Heart Disease
iv. Arrhythmia
v. Cardiac Genetic Disorder
vi. Cardiac Tumor